Friday, February 18, 2011

Qoute For My Heart

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan. ~Thomas Jefferson~

Geng Custom Design

Geng Custom Design.. satu yang baru dalam hidup ambe. tetapi company ni akan menjadi satu titik tolak yang baru dalam dunia design dan it ambe.. company yang ambe cipta bersama2 dengan Nasir Kayu & Hafiz Zaidi ini akan menjalankan beberapa rangkaian perkhidmatan seperti rekabentuk kreatif (logo, banner, bunting, billboard dan lain- lain), membina laman web, fotografi (perkahwinan, group foto dan lain2), pengiklanan, mencetak tshirt & cenderahati dan juga pengurusan acara.. semoga company ini akan terus berjaya dan semakin dikenali ramai.. cahiyokkk Nasir & Hafiz!!! hehe

Thursday, January 27, 2011

Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia),perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.


Masa Muda

Dilahirkan di Brickfields yang merupakan "India Kecil" kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga pendatang Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.

Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Intitusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Univesiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, US pada tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.


Kerjaya

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).

Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.


Empayar Multimedia

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.

Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hongkong) dan arkib filem Shaw Brothers.


Ulasan Rizaru

Tokoh perniagaan seperti Ananda telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa rakyat sekerdil Malaysia mampu melangkau perniagaan hingga ke serata dunia. jika insan seperti Ananda mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan ramai, kenapa tidak rakyat Malaysia yang lain. apa yang penting ialah, sifat ingin berjaya, berfikir diluar kotak adalah penting untuk memotivasikan diri ke arah yang lebih maju. Hanya perniagaan sahaja yang mampu kembalikan kestabilan ekonomi sesebuah institusi.. apa komen anda? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...